Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sekolah Sukan raikan pelajar cemerlang

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Dalam memberi penghargaan dan semangat kepada pelajar-pelajar, Sekolah Sukan telah mengadakan majlis penyampaian anugerah dalam bidang akademik dan sukan untuk pelajar Tahun 7 hingga 10 yang berlangsung di sekolah berkenaan, hari ini.

    Penyampaian hadiah kepada pelajar yang diraikan telah disempurnakan oleh Ketua Kluster 3, Hajah Amal Nuriyah binti Haji Ahmad Kumpoh, selaku tetamu kehormat majlis.

    Dalam ucapannya, Hajah Amal Nuriyah antara lain menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan para pelajar.

    “Kejayaan semua ini adalah berkat usaha padu guru-guru, pelajar dan ibu bapa dan semoga pelajar akan terus bersemangat untuk berjaya dengan cemerlang dan berkat doa ibu bapa dan penjaga, anak-anak mereka berjaya mencapai kecemerlangan,” ujarnya.

    Beliau seterusnya mengingatkan para pelajar untuk sentiasa mematuhi peraturan sekolah, menjaga kehadiran, disiplin, solat serta pastikan pelajar menjaga dan mengasuh diri supaya menjadi seorang insan yang mempunyai peribadi yang tinggi dan mulia.

    ATAS & BAWAH: Hajah Amal Nuriyah menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang diraikan.

    Awang Mohammad Haziq melahirkan harapan untuk menjadi pemain badminton terbaik.
    Dayang Sarah yang menerima anugerah pelajar terbaik Tahun 7 semasa ditemui pada majlis itu.
    Antara pelajar yang hadir pada majlis berkenaan.

    Seorang pelajar terbaik Tahun 7 sesi 2022, Dayang Sarah binti Burhan ketika ditemui pada majlis itu mengongsikan kegembiraan atas pencapaian pengajian beliau di sekolah berkenaan.

    “Kejayaan yang dicapai ini tidak akan berhasil tanpa adanya usaha dan yang lebih penting keberkatan dan doa daripada kedua-dua ibu bapa,” katanya.

    Beliau seterusnya berharap akan mencapai apa yang dicita-citakan pada masa hadapan seterusnya dapat membantu ibu bapa, selain berharap mendapat biasiswa untuk memasuki Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) atau Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).

    Manakala itu, penerima anugerah dalam bidang sukan, Awang Mohammad Haziq bin Roze yang dianugerahkan atlet lelaki dalam sukan badminton ketika ditemui berharap akan dapat menjadi pemain badminton yang berjaya.

    “Dengan adanya anugerah kali kedua yang diterima ini, ia akan menjadi pembakar semangat untuk terus mempertingkatkan lagi kualiti latihan dan dapat menjadi wakil negara pada masa akan datang,” jelasnya.

    Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian beberapa hadiah lain yang antaranya Pelajar Progresif, Kemajuan Cemerlang dan Graduate dalam Running Record, atlet lelaki dan perempuan berharga dan pelajar terbaik untuk Sekolah Ugama Sekolah Sukan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...