Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Sekolah Sunshine rai pelajar cemerlang

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Sekolah Sunshine baru-baru ini meraikan para pelajar cemerlang dalam Majlis Graduasi ke-37 dan Anugerah Kecemerlangan Akademik bagi pelajar Kindergarten (KG) 3 dan Tahun 6 yang berlangsung di Dewan Damai, Hotel  Aman Hills.

    Hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Sekolah Sunshine, Stefanie Chan Fui Meng dan Pengarah, Awang Hambali bin POKS Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh.

    Guru Besar Sekolah Sunshine, Tan Lay Kim dalam ucapannya menyampaikan penghargaan kepada semua kelas Tahun 2022 dan seterusnya berterima kasih atas sokongan
    dan dedikasi semua ibu bapa atau penjaga dan guru-guru.

    Tahun ini, seorang pelajar telah terpilih sebagai pelajar terbaik dalam semua subjek iaitu Win Myat Thu yang me-nerima trofi dan wang daripada Pengarah Urusan Sekolah Sunshine.

    Selain itu, pingat juga diberikan kepada empat pelajar, Awang Mohammad Rayyan Dha’nysh bin Haji Ay’rul Nazizi, Awang Mohammad Arief Syafiq @ Wira Satria bin Wirawan, Awang Adhwa Zakiy bin Haszemi dan Awang Izz Mazly Azwar bin Abdullah Azlimey.

    Lima pelajar KG 3 juga menerima pingat pelajar terbaik dalam semua subjek iaitu Dayang Raihanatul Jannah binti Muhd Thaha, Dayang Rafanish Fay binti Muhammad Fa’iz Chee, Dayangku Yumma Omera binti Pengiran Mohammad Faiz Al Amin, Dayangku Nur Falisya Ayra binti Pengiran Mohd Fadzillah dan Awang Aiman Hakim bin Haji Mohamed.

    Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh pelajar-
    pelajar Tahun 6 dan KG 3.

    Awang Hambali semasa menyampaikan sijil kepada salah seorang murid KG 3.
    Stefanie Chan Fui Meng menyampaikan sijil kepada salah seorang murid Tahun 6 yang diraikan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...