Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Sektor bukan minyak dan gas tunjuk perkembangan positif

    Oleh Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Pada suku kedua (Q2) 2022, aktiviti ekonomi utama yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sektor industri iaitu sebanyak 72.7 peratus, diikuti oleh sektor perkhidmatan 26.3 peratus dan sektor pertanian, perhutanan dan perikanan 1 peratus.

    Dari segi sektor minyak dan gas dan sektor bukan minyak dan gas pada harga tetap, sektor bukan minyak dan gas telah menunjukkan peningkatan sebanyak 1 peratus, manakala sektor minyak dan gas menurun sebanyak 9.3 peratus.

    Penurunan ini telah menyebabkan pertumbuhan negatif pada KDNK Negara Brunei Darussalam bagi Q2 2022 iaitu sebanyak 4.4 peratus berbanding tahun-ke-tahun.

    Jumlah KDNK Negara Brunei Darussalam pada harga semasa pada Q2 2022 meningkat sebanyak $6.3 bilion berbanding $4.7 bilion pada Q2 2021. Sektor minyak dan gas yang merangkumi aktiviti perlombongan minyak dan gas dan pembuatan gas asli cecair (LNG) menyumbang sebanyak 56.4 peratus daripada jumlah nilai tambah kasar (GVA).  Sementara itu, sektor bukan minyak dan Gas, yang mana termasuk aktiviti hiliran seperti pembuatan produk petroleum dan kimia, telah menyumbang sebanyak 43.6 peratus daripada jumlah KDNK.

    Penurunan dalam sektor minyak dan gas adalah disebabkan oleh penurunan pengeluaran minyak mentah

    daripada 111,100 tong sehari pada Q2 2021 kepada 94,500 tong sehari pada Q2 2022. 

    Pengeluaran gas asli juga menurun daripada 31.5 juta meter padu sehari pada Q2 2021 kepada 27.3 juta meter padu sehari pada Q2 2022. Penurunan dalam pengeluaran minyak mentah dan gas asli adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti penyelenggaraan dan pemulihan tidak berjadual.

    Tambahan lagi, pengeluaran LNG juga mencatatkan penurunan daripada 852,700 MMBtu sehari kepada 685,400 MMBtu sehari pada tempoh yang sama selaras dengan penutupan dan penyelenggaraan tidak berjadual dan pengeluaran gas yang rendah.

    Gambar rajah menunjukkan perkembangan KDNK Q1 2020-Q2 2022bagi Negara Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...