Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    ‘Sektor ekonomi tidak ditutup jika COVID-19 meningkat’

    BATU PAHAT, 8 FEB – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberi jaminan bahawa tiada lagi penutupan sektor ekonomi dan industri secara penuh sekiranya kes COVID-19 di negara ini terus meningkat.

    Menteri Kanan merangkap Menteri MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata penutupan sektor-sektor ekonomi sebelum ini telah memberi kesan besar terutamanya kepada rakyat, mengakibatkan 826,000 orang hilang pekerjaan ketika tiga bulan pertama kawalan pergerakan penuh dilaksanakan pada 2020.

    “Seorang pekerja kehilangan pekerjaan akan melibatkan satu keluarga dan satu keluarga mungkin melibatkan empat atau lima orang. Jika penutupan penuh diteruskan, ia akan melibatkan sekitar lima juta rakyat Malaysia yang tiada pendapatan.

    “Kita tidak boleh lakukan lagi kawalan pergerakan penuh. Betul, pandemik ini perlu kita uruskan dengan efektif, soal kesihatan kita akan usahakan yang terbaik, tetapi ‘kesihatan ekonomi’ juga penting dan kini, kita akan melakukannya dengan seimbang jika berlaku kenaikan mendadak (COVID-19),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina di Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat di sini, malam tadi.

    Mohamed Azmin berkata bahawa pihaknya akan mengambil pendekatan bersasar dengan menutup industri-industri yang terlibat sahaja selain memberi tumpuan terhadap pengambilan vaksin untuk para pekerja.

    Sehubungan itu, menurutnya program pemberian vaksin Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dilaksanakan bagi mengelakkan sektor industri, perkilangan dan pembuatan ditutup.

    “Sekiranya ditutup, ekonomi negara akan terus menguncup. Justeru itu melalui PIKAS, kita telah berjaya memberikan suntikan dos vaksin kepada hampir dua juta orang,” kata beliau. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...