Sektor pelancongan Itali bergelut untuk terus bertahan

CASTIONE DELLA PRESOLANA, ITALI – Ketika Itali masih berada dalam perintah berkurung sejak penularan wabak koronavirus di negara itu selama dua bulan, pengusaha pelancongan di lembah Val Seriana yang dilanda banjir menghadapi kegelisahan pada musim panas yang tidak menentu.

Seorang jurugambar Associated Press menjelajah ke bandar-bandar di wilayah Bergamo yang dilanda teruk wabak COVID-19 di Itali sepanjang pergunungan Orobie menggambarkan harapan dan keraguan penduduk di sana ketika mereka masih menunggu kepulangan pengunjung pada musim panas.

“Ini adalah tragedi besar yang menyentuh hati yang pernah terjadi meskipun semasa zaman perang,” kata Claudio Trentani, seorang pengurus penginapan berusia 57 tahun.

Dia mengendalikan Baita Cassinelli, sebuah pondok penginapan di gunung Itali Alpine Club di dasar Gunung Presolana sepanjang 2,521 meter (8.271 kaki), jarak 30 minit dari bandar Bergamo.

Trentani tidak mempunyai cara yang baik untuk menguruskan penjarakan sosial di pondok seluas 60 meter persegi di mana tempat dia menyajikan makanan dan minuman.

Jurulatih Persekutuan Tenis Itali, Luca Brasi dan Daniele Brasi ketika berlatih di gelanggang tenis mereka di Rovetta, Bergamo, utara Itali. – AP
Diego Fregona, pemilik taman pengembaraan di dalam taman Clusone, Bergamo. – AP
Claudio Trentani, pengurus penginapan Baita Cassinelli ketika berada di kaki Gunung Castione della Presolana, Bergamo, utara Itali. – AP
Giorgio Masserini, pemilik rock-climbing Parco della Montagna. – AP

Tempat itu penuh dengan pendaki sebelum perintah berkurung dikeluarkan dan arahan kerajaan telah mengosongkan tempat itu selama berbulan-bulan. Lorenzo Pasinetti, 53, mempunyai tempat penginapan yang lebih besar di Gunung Pora yang berdekatan, sebuah gunung setinggi 1,880 meter (6,168 kaki) merupakan destinasi ski yang popular di negara itu.

Ia menempatkan restoran, restoran piza, kafe, dan menyediakan tempat barbeku, yang menyajikan pengunjung yang datang pada musim sejuk dan boleh menampung seramai 300 orang pada musim panas. Dia mengira kerugian musim sejuk adalah sekitar mencecah 60 peratus berikutan dengan perintah berkurung yang bermula pada 8 Mac lalu.

Dia tetap membukanya untuk menyediakan makanan kepada 10 keluarga yang tinggal di gunung itu.

Di Rovetta, di mana pasukan bola sepak Serie A Atalanta melakukan latihan setiap musim panas, Datuk Bandar, Mauro Marinoni mengatakan terdapat 15 kes kematian akibat COVID-19 tetapi dia mengesyaki jumlah sebenar adalah lebih tinggi.

Dia mengatakan 30 orang telah meninggal dunia pada Mac ini berbanding hanya empat kematian tahun sebelumnya. Saudaranya Daniele, Luca dan Corrado Brasi, yang memiliki sebuah kedai pakaian sukan di bandar itu dan memiliki salah sebuah kelab tenis terbesar di tempat itu telah kehilangan bapak saudaranya akibat virus tersebut.

Mereka bergantung ekonomi pelancongan pada musim panas, kira-kira separuh daripada pendapatan mereka adalah daripada pelancongan dan mereka masih tidak mempunyai idea yang jelas berapa banyak perniagaan yang boleh mereka harapkan.

Kelab tenis tersebut telah dipersetujui oleh persekutuan tenis, memberi mereka harapan bahawa setiap atlet dapat melakukan latihan.

Di Castione della Presolana, sebuah desa pergunungan yang memiliki sebanyak 3,400, loceng gereja yang dibunyikan hingga empat kali dalam sehari semasa krisis COVID-19 sebagai mengumumkan kematian penduduk di tempat itu.

Datuk Bandar, Angelo Migliorati mengatakan bandar ini biasanya mencatatkan tiga kematian dari Januari hingga Mac tetapi tahun ini menyaksikan 32 kematian.

Hanya tujuh yang dikira sebagai mangsa akibat COVID-19 kerana tidak semua yang meninggal dunia itu dimasukkan ke hospital serta diuji. Walaupun jumlah korban jiwa melonjak naik, Migliorati menantikan musim panas dan ekonomi kembali seperti sedia kala. Dia mengatakan setelah berbulan-bulan ditutup, orang ramai akan mencari ‘kesejahteraan yang hanya dapat diberikan oleh alam semula jadi’.

“Saya yakin kita akan mempunyai banyak pengunjung, terutama di kawasan percutian di sini.

Gunung ini menawarkan banyak ruang untuk penjarakan sosial,” katanya. Alpine Ernesto Cocchetti, 57, meramalkan bahawa pengunjung akan bersemangat untuk kembali ke kehidupan alam semula jadi.”

Tetapi pengusaha pelancongan tempatan masih bimbang dengan kemampuan mereka untuk menangani sekiranya berlakunya kemungkinan penularan virus daripada para pelawat.

Giorgio Masserini, 61, pengusaha tarikan rock-climbing di Dorga berkata di bawah keputusan kerajaan baru-baru ini, dia berpendapat bahawa dia boleh membuka semula tempat itu seawal 18 Mei untuk atlet mendaftar aktiviti pendakian mereka.

Dia telah membersihkan kawasan itu dan bersedia untuk mengukur suhu badan setiap pengunjung yang datang sebelum membenarkan mereka masuk.

Alice Piccardi, 37, yang menjalankan perniagaan ladang dan restoran organik bersama suaminya Stefano Gusmini, 43, melihat ayahnya dimasukkan ke hospital akibat jangkitan COVID-19.

Dia adalah salah seorang yang bernasib baik, dihantar pulang setelah dua minggu pulih daripada virus itu. Dengan restorannya yang ditutup, mereka berusaha untuk mencari pendapatan semula sebelum restoran dapat dibuka pada 1 Jun. Diego Fregona, 58, menghabiskan semua simpanannya untuk memperbaiki taman pengembaraannya setelah ribut melanda pada Oktober lalu yang telah menjejaskan kawasan persekitarannya.

Sekarang, dia merenungkan pembukaan semula selepas perintah berkurung, dia khuatir tentang pengurusan terhadap keperluan keselamatan baharu, termasuk mengambil suhu badan dan membersihkan peralatan.

Tetapi dia berpendapat bahawa prospek pembaharuan adalah satu-satunya perkara yang membuat perniagaannya terus berjalan.

“Tidak ada keluarga yang tidak menderita. Satu-satunya perkara yang harus dilakukan adalah untuk bangkit semula,” kata Fregona. – AP