
Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jan- Sektor pelancongan Negara Brunei Darussalam pada 2017 mencatatkan satu kejayaan yang amat penting di mana menurut data Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, pada penghujung 2017, jumlah kedatangan pelancong ke Brunei meningkat sebanyak 10 peratus berbanding dengan peningkatan 0.3 peratus pada 2016.
Pada 2017 juga, Lembaga Kemajuan Pelancongan Brunei telah melancarkan Jejak Warisan Bandar Seri Begawan dan Kampung Ayer, mempromosikan pakej-pakej destinasi Tutong, pakej-pakej destinasi Belait serta melancarkan pakej menyelam Brunei.