BERLIN, 25 MEI – Meskipun prestasi ekonomi Jerman menunjukkan penurunan daripada yang diramalkan sebelumnya pada suku pertama selepas sekatan koronavirus telah mengekang sektor pengguna, bagaimanapun keyakinan perniagaan sejak itu telah meningkat, sekali gus memberi harapan ekonomi akan kembali pulih dengan cepat, data menunjukkan hari ini.
Selepas pertumbuhan dua suku, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turun 1.8 peratus antara Januari dan Mac, kata pejabat statistik kebangsaan Destatis dalam satu kenyataan, menyemak semula ramalan awal penurunan 1.7 peratus. Ia adalah jauh di bawah tahap pra-pandemik, dengan sekatan COVID-19 telah menyebabkan penurunan sekor pengguna sebanyak 5.4 peratus, menurut data.
Namun ia menambah bahawa potensi lonjakan pada suku kedua telah meningkat, ketika kempen vaksinasi Jerman dilaksanakan secara besar-besaran dan ekonomi mulai dibuka semula selepas berbulan-bulan berdepan dengan sekatan. – AFP