Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sektor swasta diberi peluang bangunkan tapak sukan di bawah KKBS

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan telah melaksanakan salah satu inisiatif berkonsepkan perkongsian awam-swasta (PPP) dalam pembangunan infrastruktur sukan khususnya bagi memberi peluang kepada para pengusaha tapak-tapak sukan tertentu.

    Inisiatif berkenaan adalah untuk melihat tapak-tapak yang diberikan kepada pihak jabatan dikembangkan atau dibangunkan oleh sektor swasta.

    Ia telah dilaksanakan beberapa tahun lalu, antaranya bagi tapak sukan di Perpindahan Lambak dan kompleks sukan Serasa yang telah dibukakan, walau bagaimanapun tiada tawaran yang diterima setakat ini.

    Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin berkata sedemikian bagi menjawab persoalan ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Mohimin bin Haji Johari berkaitan penyediaan tapak-tapak sukan kepada para pelabur di negara ini, semasa permesyuaratan MMN ke-18 yang berlangsung di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, petang tadi.

    Katanya lagi, “Kita akan terus mengusahakan inisiatif ini untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun kita sudah pun memberi peluang kepada para pengusaha tempatan seperti gimnasium yang bukan sahaja di Stadium Hassanal Bolkiah bahkan juga dilaratkan di dua tempat yang lain iaitu di Kompleks Sukan Mumong dan Kompleks Sukan Tutong.

    “Alhamdulillah, ia telah dijalankan oleh pengusaha-pengusaha tempatan namun adalah menjadi harapan untuk melihat sahutan ini diterokai oleh golongan belia negara,” ujar Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan penuh harapan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...