Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sektor teknologi bantah syor kerajaan Australia

    CANBERRA, 25 Sept – Sektor teknologi maklumat Australia membantah rancangan kerajaan mewajibkan syarikat telekomunikasi memasang perisian intip pada telefon pelanggan, lapor Xinhua.

    Rang undang-undang berkaitan syor itu telah dikemukakan di parlimen dan sedang dipertimbangkan.

    Susulan itu, Perikatan Telekomunikasi, Persatuan Industri Maklumat Australia (AIIA) dan Persatuan Telekomunikasi Telefon Mudah Alih Australia (AMTA), menyuarakan kebimbangan mereka berhubung syor tersebut.

    Ketiga-tiga organisasi itu mewakili syarikat teknologi gergasi seperti Google, Apple, Facebook, Amazon, Twitter, Nokia, Huawei dan dua syarikat telekomunikasi terbesar di Australia, Telstra dan Optus. Syor bertajuk ‘The Assistance and Access Bill 2018’, dikemukakan Menteri Dalam Negeri Peter Dutton.

    “Penyalahgunaan teknologi maklumat oleh sindiket jenayah dan pengganas semakin berleluasa dan mereka sering mengeksploitasi teknologi tersebut,” kata Dutton di parlimen ketika membentangkan rang undang-undang itu pada awal September.

    “Rang undang-undang itu antara lain membenarkan agensi penguatkuasaan mempunyai kuasa tambahan untuk mengawal selia akses terhadap maklumat.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda