Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

SEL bakal sertai Festival PMKS Brunei

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Makmal Tenaga Seria (SEL) akan turut serta dalam Festival Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Brunei yang akan berlangsung di Bridex, Jerudong pada 16 hingga 19 Mac dengan mengetengahkan pelbagai tawaran, permainan dan aktiviti yang menarik.

Pusat sains berkenaan yang merupakan sebuah program utama Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) bertujuan untuk menyokong pertumbuhan pendidikan STEM melalui pembelajaran interaktif pengalaman mengasyikkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SEL, antara promosi yang diketengahkan semasa acara selama empat hari berkenaan adalah diskaun istimewa bagi barangan eksklusif SEL seperti alat tulis, pakaian dan barangan novelti.

Pusat sains berkenaan juga akan mengetengahkan Program Innovation Hub, bengkel Shell NXplorers, demonstrasi sains melalui Science Busking, pameran modular interaktif untuk menarik institusi dan sekolah yang berminat menempah program jangkauan SEL, Siuknya Sains serta aktiviti-aktiviti cuti sekolah akan datang, Full STEAM Ahead, di mana pengunjung boleh mendaftar bagi mendapatkan kadar istimewa semasa acara berkenaan.

Aktiviti-aktiviti amali seperti Makerspace dan 3D Pen juga akan diketengahkan untuk dicuba oleh kanak-kanak muda yang berusia dua hingga 10 tahun secara percuma.

Di samping itu, para pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam Cabaran SEL di mana mereka perlu menyelesaikan pameran modular, Balancing Nails dan menyiapkan cabaran robot VEX untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -