Wednesday, June 7, 2023
34 C
Brunei

    -

    SEL cetus rasa ingin tahu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Makmal Tenaga Seria (SEL) telah menerima pelawat yang menggalakkan sepanjang mengikuti Festival PMKS Brunei 2023 yang telah berlangsung selama empat hari di Dewan BRIDEX, Jerudong, baru-baru ini.

    Dengan kolaborasi Darussalam Enterprise (DARe), SEL menyertai acara tersebut sebagai rakan aktiviti.

    Semasa acara itu, Cabaran SEL telah berjaya menarik perhatian pengunjung di mana mereka hanya perlu melengkapkan cabaran robot VEX dan menyelesaikan Modular Balancing Nails bagi membolehkan roda tersebut berpusing untuk memenangi hadiah eksklusif SEL.

    Di samping itu, aktiviti Pen 3D turut menjadi perhatian golongan kanak-kanak yang teruja untuk mencubanya.

    SEL turut mempromosikan program Hab Inovasi SEL, antaranya bengkel percetakan 3D digelar i-Maker termasuk Full STEAM Ahead yang akan diadakan semasa cuti persekolahan pada April.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -