Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Sel retina perumah bagi virus

    CANBERRA, 21 JUN – Penyelidik Australia telah mengenal pasti sel dalam mata manusia adalah perumah bagi virus termasuk Ebola.

    Satu kajian baru-baru ini oleh pasukan dari Universiti Flinders dan Organisasi Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel (CSIRO) telah mendapati sel-sel daripada retina dan iris ini telah dijangkiti virus.

    Sel daripada mata manusia yang disumbangkan kepada Bank Mata Selatan Australia sama ada terdedah kepada virus Ebola, Zika, Reston atau tidak dijangkiti.

    Penyelidik mendapati sel daripada retina – bahagian mata yang menghantar maklumat visual ke otak – mempunyai tahap jangkitan lebih tinggi.

    “Radang mata, dikenali sebagai uveitis adalah sesuatu yang sering berlaku susulan jangkitan Ebola dan kami tahu sel-sel dalam iris, di hadapan mata dan juga retina berperanan dalam jangkitan uveitis dan bertindak sebagai hos mikroorganisma ini,” kata Justin Smith, professor penyelidik strategik Kesihatan Mata dan Penglihatan di Universiti Flinders dan penulis kanan kajian itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.

    Pesakit dengan jangkitan mata Ebola mempunyai ciri-ciri parut retina, memberi petunjuk adanya pigmentasi epitelium dalam penyakit, maka penemuan ini konsisten dengan apa yang dilihat oleh doktor mata di klinik-klinik, kata Smith.

    “Sel retina ini memakan apa yang digelar fagositosis dan ia memainkan peranan penting dalam kitaran penglihatan dengan mengitar semula photoreceptors kita, maka adalah masuk akal yang sel ini perumah bagi Ebola dan juga virus lain. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...