Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    SEL sertai Brunei MYCE 2022

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Makmal Tenaga Seria (SEL) akan menyertai Pameran dan Persidangan Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022 bagi Minggu Tenaga pada 15 hingga 18 Jun dan Minggu Perubahan Iklim pada 22 hingga 26 Jun di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, di sini, SEL merupakan program perdana Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), di mana pusat sains berkenaan merupakan sebuah tempat yang menyokong pertumbuhan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di Brunei menerusi pengalaman yang mengasyikkan dalam penerokaan dan pembelajaran interaktif dengan memanfaatkan pameran-pameran canggih dalam empat zon utama iaitu Minyak dan Gas, Tenaga Masa Hadapan, Aqualab dan Sains Pintar.

    Pusat itu juga mempunyai makerspace di mana ia direka bagi kanak-kanak muda untuk mengadakan aktiviti menyeronokkan, menarik dan hands-on berskala mini dengan menggabungkan bersama seni dan kraf serta kejuruteraan.

    Selain daripada pameran interaktif, SEL juga menawarkan pertandingan seperti Women in Science dan Pertandingan Pertunjukan Sains, pelbagai bengkel yang meliputi elemen-elemen STEM yang berlainan dengan kaedah pembelajaran hari moden seperti Innovation Hub dan Shell NXplorers serta program jangkauan luar SEL, Siuknya Sains di mana aktiviti-aktiviti dan pameran modular dibawa ke sekolah-sekolah, pesta-pesta dan acara-acara berpendidikan.

    Kenyataan menyatakan bahawa aktiviti berkaitan iklim yang disusun khas seperti SEL Studio, Makerspace dan Stress Nexus juga akan dikendalikan dan disediakan bagi percubaan orang ramai semasa Minggu Perubahan Iklim di Sejati 4 dari 22 hingga 26 Jun.

    Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pusat sains berkenaan, para pelawat boleh mengunjungi gerai pameran di lorong timur pada kedua-dua minggu dan membuat pembelian tiket masuk ke SEL pada kadar diskaun. Pelbagai barangan kenang-kenangan eksklusif SEL seperti bahan tulis, beg tote, rantai kunci, pakaian dan barang mainan juga terdapat di pameran berkenaan bagi pembelian semasa keberadaannya di Brunei MYCE.

    Makmal Tenaga Seria akan menganjurkan aktiviti menyeronokkan sempena Pameran dan Persidangan Pertengahan Tahun Brunei 2022 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. – Gambar serahan SEL

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...