Selamat berangkat tiba di Tokyo

Gambar oleh Infofoto & Muiz Matdani

TOKYO, 21 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini selamat berangkat tiba di Tokyo, Jepun bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Maharaja Jepun, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maharaja Naruhito, yang akan berlangsung pada 22 Oktober di Imperial Palace, Tokyo.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Tokyo, Jepun dijunjung oleh Ambassador, Perwakilan Kerajaan Jepun bagi Perubahan Iklim, Tuan Yang Terutama Kenichi Suganuma.

Turut hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Baginda Sultan ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II (Kedua), Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jepun, TYT Haji Shahbudin bin Haji Musa.

Pada April lalu, KDYMM Maharaja Naruhito telah berkenan menghantar satu Warkah Persilaan kepada Baginda Sultan bagi mempersilakan Baginda berangkat ke istiadat pertabalan yang akan diadakan dalam satu upacara rasmi yang penuh adat istiadat diraja esok.

Terdahulu, sebelum berangkat dari Istana Nurul Iman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Berangkat sama dan hadir di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria; Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia; Menteri-menteri Kabinet; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja; timbalan-timbalan menteri; pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; pemangku pesuruhjaya polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; dan duta besar istimewa dan mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, malam tadi selamat berangkat tiba di Tokyo, Jepun bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Maharaja Jepun, KDYMM Maharaja Naruhito yang akan berlangsung pada 22 Oktober di Imperial Palace, Tokyo. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – Gambar oleh Infofoto
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel ketika berkenan menadah tangan semasa doa dibacakan di Istana Nurul Iman.
Baginda Sultan ketika berkenan menerima junjung ziarah sejurus berangkat tiba di hotel tempat persemayaman Baginda sepanjang keberadaan di Tokyo, Jepun.
Baginda Sultan dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ketika berkenan menerima junjung ziarah sejurus berangkat tiba di hotel tempat persemayaman Baginda sepanjang keberadaan di Tokyo, Jepun.
Berangkat di Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Baginda Sultan ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan di Istana Nurul Iman.