Selamat meluaran seorang putera

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia memaklumkan bahawa Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, isteri kepada Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr Haji Mohd Yakub dengan izin Allah SWT telah selamat meluaran seorang putera pada Jumaat, 22 Mei 2020 bersamaan 28 Ramadan 1441, jam 10:44 pagi.

Sempena dengan meluaran itu sebanyak 17 das tembakan meriam telah dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman.