Selamat selepas terkandas 38 hari di Amazon

BRASILIA, 9 APRIL – Seorang juruterbang mengharungi hidup selama 38 hari di hutan Amazon selepas enjin pesawat ringan yang dipandunya terhenti secara tiba-tiba pada 28 Januari lalu.

Antonio Sena, 36, memandu pesawat Cessna 210 membawa kargo dari Alenquer ke lombong emas haram dan terpaksa mengawal pesawat untuk mencari lokasi mendarat.

Pada ketinggian 1,000 meter, dia akhirnya mendarat di tengah-tengah lembah hutan hujan terbesar di dunia itu.

Tanpa membuang masa, dia mengambil beberapa barang seperti petrol, beg galas, tiga botol air, empat minuman ringan, sebungkus roti, tali, alat kecemasan, lampu dan dua pemetik api sebelum pesawat itu meletup tidak lama kemudian.

Katanya, pada hari pertama dia mendengar pesawat penyelamat cuba mencarinya, selepas itu tiada lagi kerana beranggapan sudah maut.

“Saya sangat kecewa dan rasa seperti tidak boleh keluar dan akan mati,” katanya.

Namun, dalam masa yang sama beliau cuba menggunakan telefon untuk mencari GPS dan memutuskan untuk terus berjalan sambil melakukan beberapa tindakan menyelamat yang diingatinya.

“Hanya ada air, tiada makanan dan saya terdedah kepada binatang buas seperti buaya, harimau dan anakonda.

“Saya makan apa yang monyet makan dan makan tiga telur burung untuk sumber protein. Pada hari ke-35, Sena terdengar bunyi seperti gergaji dan akhirnya berjumpa kem pengumpul kacang Brazil yang diketuai Maria Jorge dos Santos Tavares. – AFP

Juruterbang Antonio Sena bercakap semasa temu bual dengan AFP di rumahnya di Brasilia, Brazil pada 7 April 2021. – AFP