PULAU QUEEN BESS – Sebuah pulau di Louisiana yang menyediakan tempat burung undan dan burung laut lain bersarang sedang dipulihkan semula hampir menyamai saiz asalnya selepas beberapa dekad berlakunya hakisan pantai dan dicemari tumpahan minyak luar pesisir yang dahsyat pada 10 tahun yang lalu.
Gabenor John Bel Edwards melawat pulau itu pada Isnin lalu, untuk melancarkan sebuah tanda yang mendedikasikannya sebagai tempat perlindungan hidupan liar. “Jalan yang kami buat tidak wujud beberapa minggu yang lalu,” kata gabenor selepas menyeberangi hamparan pasir dari kenderaan berat yang digunakan untuk membuat dan menambah tanah baharu.
Dia menyatakannya di podium yang dibina bersebelahan kawasan bakau yang tidak disentuh oleh kontraktor untuk pelikan bersarang.
Sekitar 6,500 ekor undan coklat dan 3,000 ekor burung laut yang lebih kecil akan membina sarangnya setiap musim panas di Pulau Queen Bess, yang berkurangan dari 45 ekar (18 hektar) pada tahun 1956 hingga kira-kira 15 ekar (6 hektar) kawasan paya pada tahun 2010, iaitu ketika peristiwa tumpahan Deepwater Horizon yang mengotori pantainya dengan minyak yang berkerak. Sehinggalah diadakan pemulihan, hanya kira-kira lima ekar (dua hektar) – sebahagian besarnya di sepanjang tepi pulau dan garis besar yang ditinggalkan oleh pemulihan jangka pendek pada tahun 1990an – sesuatu yang sangat mencukupi untuk undan bersarang, kata Todd Baker, ahli biologi yang menyelia pemulihan untuk Jabatan Hidupan Liar dan Perikanan Louisiana.
Sebaik sahaja terdapatnya sebidang tanah, pulau itu kini merangkumi 37 ekar (15 hektar), yang mengakibatkan burung semakin banyak hingga menjadikannya semakin sempit.




Edwards berkata projek bernilai AS$18.7 juta untuk membesarkan dan mengekalkan pulau itu adalah sebahagian daripada kos AS$550 juta yang telah memulihkan lebih 4,200 ekar (1,700 hektar) pantai dan pulau Louisiana.
Lebih AS$800 juta dalam kerja tambahan dijangka di seluruh Louisiana tahun ini, katanya. Walaupun tidak banyak pulau di Teluk Barataria, Mexico, Queen Bess memainkan peranan menempatkan sekumpulan undan coklat terbesar di Louisiana, dengan membekalkan tanah yang mampu menampung sehingga satu perlima sarang. Ia juga di mana burung undan, yang dianggap juga sebagai burung negeri Louisiana, diperkenalkan semula pada tahun 1960an selepas racun perosak telah membunuh keseluruhannya.
Akibat kehilangan pulau-pulau kecil, tempat terletaknya sarang burung undan, menyebabkan burung-burung besar tersebut semakin banyak hingga kira-kira 10 koloni, kurang daripada separuh angka pada 2010, kata Baker. Dana untuk memulihkan Pulau Queen Bess dan untuk melakukan pemantauan sekarang dan masa depan memerlukan penyelesaian sebanyak AS$20 bilion kerana peristiwa tumpahan di pelantar minyak luar pesisir milik BP pada tahun 2010.
Daripada peristiwa tersebut ia mengakibatkan lebih 100 juta gelen (378 juta liter) minyak tumpah ke laut selama lebih 87 hari. Apabila minyak mencecah hingga ke pulau 72km di selatan New Orleans, lebih 1,000 ekor burung mati. Undan coklat dan burung-burung lain dilihat bergelut dengan pencemaran yang mengakibatkan sayap mereka dipenuhi kotoran minyak.
Kontraktor untuk Pihak Berkuasa Perlindungan dan Pemulihan Pantai Louisiana membesarkan pulau itu dengan mengorek pasir Sungai Mississippi dan mengepamnya ke dalam kawasan yang digarisi bongkah dan bahan lain dari pemulihan tahun 1990an, yang menggunakan lumpur dan berharap dengan pasir tersebut akan lebih stabil.
Pihak berkuasa juga membina garisan pemisah batu 75 hingga 95 kaki dari pantai untuk melambatkan hakisan dan menyediakan air yang tenang untuk burung-burung muda. Kebanyakan pulau sedang dipulihkan untuk habitat pelikan, dengan tujuh ekar untuk burung skimmer, terns dan burung lain yang bersarang di batu.
Dalam membantu burung-burung tersebut, Suruhanjaya Hidupan Liar dan Komoditi Perikanan Louisiana menjadikan pulau itu sebagai perlindungan hidupan liar pada bulan November lalu. Suruhanjaya telah mewujudkan beberapa peraturan yang, antara lain, menghalang orang daripada mengunjungi pulau itu semasa musim bersarang.
Kerja pemulihan perlu selesai pada 15 Februari mendatang, kata Baker. Beliau menambah bahawa baki kerja termasuk mewujudkan tanjakan untuk burung-burung muda yang masih tidak boleh terbang supaya ia boleh masuk dan keluar dari air.
Kontraktor juga akan menanam kira-kira 24,000 tumbuhan berkayu untuk spesies puchong kuak, bangau dan undan untuk membina sarangnya. Pada dasarnya ketinggian kayu adalah 3 kaki, kata Baker. Beliau menyatakan bahawa walaupun undan lebih suka bersarang di semak-semak belukar, ia juga boleh membina sarang di atas rumput atau bahkan kawasan yang terdedah.
Burung tern, skimmer dan camar yang biasanya bersarang di permukaan tanah akan dijangka menggunakan pasir antara tumbuhan dan kawasan berbatu yang dibuat untuk haiwan itu. – AP




























