Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    ‘Selamatkan anak kucing dari bangunan terbakar’

    KYIV, UKRAINE, 5 SEPT – Anggota bomba Ukraine yang terkenal kerana menyelamat orang daripada bangunan yang dibom dalam peperangan lebih daripada enam bulan baru-baru ini membantu menyelamatkan seekor anak kucing kelabu dan putih.

    Anggota menyelamat, memakai kelengkapan bomba penuh, bergelut dengan api yang marak dan asap untuk mengeluarkan anak kucing itu dari bawah kerusi besi dalam runtuhan sebuah kompleks hotel-restoran kayu yang terkena bedilan roket di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv, kata perkhidmatan kecemasan negara semalam di Facebook.

    Video menunjukkan anggota bomba memeluk dan membelai anak kucing itu ketika mereka membawanya ke tempat yang selamat. Salah seorang menggunakan air dari trak bomba untuk membersihkan anak kucing itu.

    “Kami menemui ku-cing yang cantik,” kata salah seorang anggota bomba ketika anak kucing itu bergerak-gerak dalam tangan rakan sekerjanya. Seorang lagi berkata, “Dapatkan oksigen untuk anak kucing ini.”

    Perkhidmatan kecemasan Ukraine memberitahu kaki anak kucing itu memerlukan rawatan.

    “Mereka wira kami,” umum perkhidmatan kecemasan merujuk kepada anggota bomba.

    “Mereka lindungi, kerja, selamat, rawat…Dan kami berharap anak kucing itu cepat sembuh.” – AP

    Gambar video menunjukkan anggota bomba memegang seekor anak kucing selepas menyelamatnya daripada bangunan terbakar di Kharkiv, Ukraine pada 4 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...