Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Selangor catat 9,357 kes denggi

SHAH ALAM, 13 MEI – Sebanyak 9,357 kes demam denggi di Selangor dilaporkan sehingga kini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Dr Sha’ari berkata daripada jumlah itu, berlaku peningkatan kes sebanyak 70 peratus melibatkan 3,854 kes berbanding minggu epid (ME) sama tahun lepas.

“Satu kematian denggi didaftarkan sehingga kini, tidak berubah berbanding minggu sama tahun sebelumnya,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Beliau berkata pada minggu ME ke-18 iaitu tempoh 1 hingga 7 Mei lepas, sejumlah 470 kes denggi dilaporkan di Selangor, menurun sebanyak 28.4 peratus berbanding 656 kes minggu sebelumnya. 

Sehubungan itu, Dr Sha’ari berkata pihaknya menyarankan komuniti di kawasan kediaman melaksanakan aktiviti pembersihan kendiri tempat pembiakan nyamuk aedes secara berkala dengan meluangkan masa hanya 10 minit seminggu.

“Sebarang maklumat tambahan berkaitan kawalan dan pencegahan denggi boleh diperoleh menerusi https://www.infosihat.gov.my/index.php/demam-denggi,” katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -