Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Selangor FC berusaha konsisten dalam perlawanan

    KUALA LUMPUR, 24 APRIL – Pemain Selangor FC kini sedang berusaha untuk lebih konsisten dalam setiap perlawanan dan meminimumkan kesilapan yang tidak perlu, kata Kapten skuad Gergasi Merah, Brendan Gan.

    Beliau percaya pasukan itu akan meraih keputusan yang lebih baik sekiranya pemain lebih berdisiplin dan memberikan tumpuan sepanjang 90 minit perlawanan.

    “Itulah mesej yang diterapkan dalam pasukan, harus konsisten bukan hanya ketika perlawanan, tetapi pemain juga harus konsisten ketika latihan, diet dan aspek positif sebagai pemain bolasepak.  

    “Sukar untuk menyatakan apa yang silap (ketidakselarasan pemain Selangor) tetapi pada masa yang sama kami perlu lakukan yang terbaik jadi ia dapat meminimumkan kesilapan yang kami buat sepanjang perlawanan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi parti tontonan perlawanan Liga Perdana Inggeris di sini malam tadi. 

    Semalam, Selangor merekodkan kekalahan pertama Liga Super selepas mengharung empat perlawanan apabila tewas 0-2 kepada Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, sekali gus jatuh ke tangga kelapan dengan lima mata. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...