Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Selangor lulus lebih RM40j untuk pemulihan pascabanjir

    SHAH ALAM, 7 JAN – Lebih RM40 juta peruntukan segera diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi pemulihan dan pengukuhan sungai serta cerun dan tebing jalan yang terjejas ekoran banjir di negeri itu bulan lepas.

    Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata peruntukan itu adalah hasil keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri semalam yang antara lain meluluskan peruntukan sebanyak RM9.18 juta bagi 13 projek kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor.

    “Ini membabitkan usaha pengukuhan tebing sungai, pembinaan ban sungai, pembinaan aras platform Tenaga Nasional Berhad, pembelian set penjana mudah alih serta penambahan sistem amaran banjir di kawasan titik penting,” katanya pada sidang media khas pascabanjir hari ini. 

    Beliau juga berkata sebanyak RM31.7 juta diluluskan oleh kerajaan negeri kepada Jabatan Kerja Raya Selangor bagi projek kritikal seperti pembersihan runtuhan cerun dan tebing jalan agar laluan yang ditutup dapat dilalui semula.  

    Amirudin berkata segala usaha pemulihan dan pembaikan sungai dan infrastruktur yang sebahagiannya telah dimulakan dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan
    hingga dua bulan lagi. – Bernama

    Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengadakan sidang media khas situasi banjir di Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...