Selangor sudah benarkan akad nikah

SHAH ALAM, 14 SEPT – Selangor membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah berlangsung di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid, bermula esok.

JAIS menerusi perkongsian dalam Facebook rasmi memaklumkan majlis itu boleh dilangsungkan se-tiap hari, tetapi kehadiran adalah terhad kepada pasangan pengantin dan wali saja, manakala individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.

Jabatan itu menyatakan mereka yang sudah lengkap vaksinasi berdasarkan kad atau sijil digital vaksinasi perlu memenuhi kriteria iaitu, melepasi 14 hari dari tarikh suntikan kedua bagi vaksin Pfizer, AstraZeneca serta Sinovac, manakala bagi vaksin Johnson & Johnson serta CanSino adalah melepasi 28 hari.

Manakala bagi yang belum lengkap vaksinasi, ujian saringan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) perlu dilakukan ke atas pengantin serta wali, dalam tempoh 72 jam dari waktu pelaksanaan majlis dan mengemukakan keputusan ujian kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan. – Bernama