Monday, February 6, 2023
22.7 C
Brunei

-

SELC gesa TVA timbang semula penggunaan gas asli

NASHVILLE, TENNESSEE, 1 JAN – Keputusan syarikat utiliti persekutuan mengambil jalan keluar dengan memutuskan sementara bekalan elektrik selepas unit arang batu dan gas asli mereka menjadi tidak beroperasi semasa musim sejuk yang berbahaya telah menguatkan lagi persoalan mengenai keputusan terkini Pihak Berkuasa Lembah Tennessee (TVA) yang mahu menggandakan penggunaan bahan api.

TVA menghadapi permintaan pembekalan tenaga tertinggi dalam sejarah musim sejuk pada 23 Disember setelah udara sejuk Artik membawa ribut salji, hujan sejuk beku dan kesejukan melampau dari Maine ke Seattle.

TVA menyatakan dalam satu email bahawa gabungan angin yang kuat dan suhu yang sejuk telah menyebabkan Stesen Jana Kuasa Elektrik Cumberland menjadi tidak beroperasi apabila instrumen kritikal mereka telah membeku.

Stesen jana kuasa elektrik mereka yang kedua, Bull Run, turut menjadi tidak beroperasi, kata jurucakap TVA, Scott Brooks dalam satu email, namun tiada sebarang maklumat lanjut diberikan. Syarikat tersebut “juga mempunyai isu di unit gas asli,” kata Brooks.

“Stesen jana kuasa gas asli dan arang batu TVA telah menggagalkan kami sepanjang musim cuti hujung minggu. Orang ramai di sekitar Lembah Tennessee terpaksa berhadapan dengan bekalan elektrik terputus sementara, walaupun setelah suhu jatuh ke satu digit,” kata Pengarah Pusat Undang-Undang Alam Sekitar Selatan (SELC) Tennessee, Amanda Garcia dalam satu email.

“Walaupun dengan kegagalan yang ketara, pihak syarikat utiliti persekutuan masih lagi merancang untuk membelanjakan berbilion dolar untuk membina stesen jana kuasa gas asli dan saluran paip yang baharu.”

TVA menyalurkan tenaga elektrik kepada 10 juta orang di beberapa bahagian negeri di selatan Amerika Syarikat (AS).

Syarikat utiliti persekutuan tersebut mengeluarkan kenyataan pada Rabu yang menyatakan bahawa mereka akan mengambil tanggungjawab penuh ke atas insiden yang berlaku pada 23 dan 24 Disember lalu, di mana orang ramai sedang sibuk dengan persiapan Hari Natal. – AP

Imej satelit yang diperoleh daripada NOAA menunjukkan awan meliputi Amerika Utara pada 21 Disember. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -