Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selebriti Korea dalam radar tentera

    UNIT pentadbiran ketenteraan (MMA) Korea Selatan baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan menguruskan secara langsung kemasukan mandatori golongan selebriti di negara itu.

    Menurut laporan dipetik dari soompi.com, MMA memberitahu agensi pengurusan artis supaya mengemukakan senarai selebriti bawah naungan mereka selaras dengan pindaan Akta Perkhidmatan Tentera.

    Berdasarkan pindaan itu, Perkara 77-4 Akta Perkhidmatan Tentera meluaskan skop kawalan MMA kepada selebriti dan atlet.

    “Kami telah menghantar surat rasmi meminta kerjasama setiap agensi hiburan.

    Antara selebriti yang sedang menjalani khidmat ketenteraan.
    Antara selebriti yang sedang menjalani khidmat ketenteraan.

    “Selaras dengan pindaan baru, kami akan menguruskan pelaksanaan servis mandatori tentera untuk selebriti dan atlit.

    “Kami akan menguruskan proses keseluruhan perkhidmatan tentera golongan itu,” kata sumber dari MMA.

    Keputusan baru itu membabitkan penyanyi, pelakon, pelawak, model, dan ahli sukan yang lahir antara tahun 1980 hingga 1999.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda