Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Selebriti tidak suka Johnny Depp lagi?

    Semakin ramai selebriti Hollywood dipercayai menarik balik tanda ‘like’ pada entri dimuat naik Johnny Depp, 59, selepas memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isteri, Amber Heard, 36, dua bulan lalu.

    Mengikut laporan Newsweek, beberapa artis Hollywood yang sebelum ini menyukai hantaran berkenaan, ‘lesap’ daripada senarai pengikut yang melayangkan tanda ‘like’ pada entri terbabit.

    Berdasarkan semakan terbaharu, entri dimuat naik Depp pada 2 Jun lalu itu, merekodkan lebih 19 juta tanda ‘like’.

    Newsweek melaporkan, semakan dibuat mendapati tanda ‘like’ yang sebelum ini diberi selebriti antaranya Elle Fanning, Bella Hadid, Orlando Bloom, Robert Downey Jr, Zoey Deutch, Sophie Turner dan Joey King, sudah hilang daripada senarai.

    Bagaimanapun, beberapa artis termasuk bintang Friends, Jennifer Aniston didapati masih kekal meletakkan tanda ‘like’. Semakan dibuat menunjukkan Aniston tidak menjadi pengikut Heard di laman sosial itu, lapor Newsweek.

    Depp setakat ini mengumpul lebih 27.3 juta pengikut di IG sejak membuka akaun pada April 2020. – Agensi

    Pada 2 Jun lalu, Depp memuat naik kenyataan di IG bagi meraikan kejayaan memenangi kes saman malu itu.

    Melalui kenyataan penuh emosi itu, Depp berharap usaha yang dilakukan bagi memulihkan maruahnya membantu insan lain yang mungkin berdepan situasi sama.

    Depp berterima kasih kepada hakim, juri, kakitangan mahkamah dan semua pihak lain termasuk kumpulan peguam yang melakukan tugas terbaik membantunya menegakkan kebenaran.

    Entri berkenaan pantas meraih tanda ‘like’ termasuk daripada selebriti terawal seperti Kate Moss dan Sir Paul McCartney.

    Newsweek melaporkan, bilangan selebriti yang melayangkan tanda ‘like’ pada entri Depp dikumpul Reddit yang kemudian menyemak jumlah artis yang kekal dalam senarai itu.

    Sementara itu, ciapan dilayangkan penyokong Heard di Twitter mendakwa tanda ‘like’ dari bebe-rapa selebriti, sudah ‘lesap’, lapor agensi.

    Senario itu dikatakan berpunca daripada penyebaran 6,000 halaman dokumen mahkamah membabitkan kes saman malu Depp terhadap Heard melalui Twitter, baru-baru ini.

    Berikutan itu, beberapa selebriti dikatakan mengubah pendirian dan sokongan ke atas Depp, lapor agensi.

    Dakwaan itu, antaranya, Depp dikatakan mengecewakan pengurusan Walt Disney dengan tingkah laku di set filem Pirates of the Caribbean kelima dan mesej kirimannya kepada Marilyn Manson yang menyentuh soal Heard, lapor agensi tersebut. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...