Selena Gomez bakal bintangi Scream 5?

Pelakon filem Scream iaitu Courteney Cox mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet apabila dia meninggalkan komen di akaun Instagram penyanyi Selena Gomez (bawah).

Memetik laporan Hollywoodlife, rata-rata warganet membuat andaian komen tersebut memberi bayangan penyanyi lagu Lose You To Love Me itu bakal membintangi filem Scream 5.

“Tak sabar nak jumpa awak,” tulis Courteney di ruang komen di Instagram Selena.

Bagaimanapun sehingga kini, tiada pengesahan daripada pihak Selena Gomez mahupun produksi filem tersebut berhubung khabar angin yang diperkatakan netizen.

Selain Courteney, barisan pelakon yang sudah mengesahkan bakal membintangi filem tersebut ialah David Arquette, Melissa Barrera, dan Jenna Ortega.