Selena Gomez beli banglo mewah

Dengan mempunyai pendapatan lebih AS$60 juta tahun lalu, penyanyi Selena Gomez dikhabarkan baru sahaja membeli sebuah banglo yang bernilai AS$4.9 juta (RM21 juta).

Menerusi laporan Variety, banglo mewah tersebut mempunyai enam buah bilik tidur dan 10 buah bilik air yang terletak di Encino, San Fernando Valley.

Selena juga akan berjiran dengan beberapa selebriti terkenal iaitu Vin Diesel, Logan Paul, James Charles dan Rebecca Zamolo.

Menerusi laman Twitter, pengarah Joseph Kahn pernah meluahkan hasrat untuk membeli rumah tersebut.

Kediaman itu merupakan rekaan penyanyi Tom Petty bersama isterinya, Jane Benyo yang turut menetap di situ sekitar tahun 1989. – Agensi