Selena Gomez beri inspirasi kekal positif

Selena Gomez menerusi akaun Instagramnya menunjukkan dirinya tanpa mengenakan sebarang solekan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menghargai diri mereka sendiri dan kekal positif, terutama di tengah-tengah perintah kuarantin.

Bintang tersebut memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dirinya tidak memakai sebarang alat solekan dan memaparkan satu mesej untuk menyebarkan sikap positif sempena bermulanya Bulan Kesedaran Kesihatan Mental. Kelihatan bahawa Selena ‘memilih untuk bergembira’ walaupun dalam keadaan sekarang yang menakutkan dan dia ingin mengingatkan dirinya sendiri untuk melakukan perkara sedemikian menerusi akaun sosial medianya itu.

Memang tepat! Selena telah menulis satu mesej ‘Saya sedang berubah mengenai bagaimana saya rasa hari ini. Saya telah memilih untuk merasa gembira’ yang dilekatkan pada sebuah cermin supaya dia dapat melihatnya setiap hari dan dia merasakan ia akan menjadi idea yang hebat untuk mengongsikan mesej tersebut bersama peminat. Dia yang sedang bergambar di hadapan cermin dengan kelihatan dirinya nampak cantik dan segar dan mesej tersebut dapat dilihat di bahagian hadapan tengah gambar..

Mesej yang disampaikan oleh Selena tersebut dibuat sempena memperingati Bulan Kesedaran Kesihatan Mental. – Agensi

Selena Gomez mengongsikan sekeping foto di akaun instagram untuk memberi inspirasi kepada orang ramai menghargai diri mereka sendiri dan kekal positif sempena bermulanya Bulan Kesedaran Kesihatan Mental. – Agensi