Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Selena Gomez berkaki ayam lepas jatuh terpelecok

    Penyanyi Selena Gomez (gambar) mencuri tumpuan penonton apabila tiba-tiba terpelecok ketika berjalan di acara red carpet anugerah Actor Guild Award (SAG).

    Video kejadian itu tersebar di Twitter dan menjadi topik bualan hangat warganet pada Isnin.

    Menerusi video itu, Selena tiba-tiba terpeleset ketika sedang melalui red carpet itu, dia cuba mempertahankan posisinya dengan menggunakan lutut.

    Dia bernasib baik pengawal peribadi sempat memegangnya kerana tumit pada salah satu kasutnya patah.

    Bagaimanapun Selena nampak cantik mengenakan gaun berwarna hitam dengan belahan di belakang.

    Dia kemudiannya membuat keputusan membuka kasutnya dan berjalan meninggalkan red carpet dengan berkaki ayam.

    Kemudian, penyanyi lagu Ice Cream ini dengan selamba muncul di pentas bagi menyampaikan anugerah kategori pelakon pembantu wanita terbaik tanpa berkasut.

    Tindakan Gomez itu mendapat pujian ramai.

    “Berkaki ayam di hadapan selebriti terkenal adalah Selena Gomez yang sebenar.

    “Saya suka melihat Selena Gomez menyampaikan anugerah tanpa memakai kasut. Selena Gomez berkaki ayam adalah satu perubahan,” komen warganet.

    Pada acara yang berlangsung di California, Amerika Syarikat itu, Gomez bergaya dengan gaun rekaan Oscar de la Renta serta barangan kemas jenama Bulgari yang dikatakan bernilai lebih RM4 juta. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...