Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Selena Gomez kecil hati, hal berat badan jadi sindiran warganet

    Penampilan penyanyi dan pelakon Selena Gomez yang kelihatan lebih berisi dan gempal berbanding sebelum ini menjadi bahan jenaka dan sindiran warganet di media sosial.

    Disebabkan itu, Selena dilaporkan berada dalam keadaan tertekan sehingga menyebabkan berat badannya naik mendadak selain faktor kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan bagi penyakit lupus setiap hari.

    Page Six melaporkan penyanyi berusia 31 tahun itu mendedahkan dia kerap menangis apabila menerima komen negatif tentang sosok tubuhnya.

    Bagaimanapun Selena menangis bagi menyakinkan diri sendiri bahawa kata-kata orang itu akan berlalu pergi dan tidak akan memberi kesan kepada dirinya.

    “Saya berbohong setiap kali memuat naik gambar dan berkata saya tidak terkesan dengan apa dikatakan semua orang. Tapi sebenarnya saya tak terima apa yang mereka sindir saya.

    “Saya tidak mahu orang lain mengganggu saya dengan mengalami hal yang sama. Malu dengan penampilan mereka dan siapa diri mereka. Saya fikir itu sangat tidak adil.

    “Saya hanya ingin memberi semangat kepada mereka yang senasib dengan saya, awda semua cantik dan luar biasa,” katanya lagi.

    Sebelum ini, penampilan Selena semasa menghadiri acara Golden Globe Awards mencuri tumpuan ramai apabila bentuk badannya dilihat sedikit berisi.

    Bagaimanapun dia sentiasa cuba menerima segala komen tersebut dari sudut yang positif. – Agensi

    Selena menangis te-rima komen negatif. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...