Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selena semakin berisi kerana hidap SIBO

    Kemunculan penyanyi Selena Gomez di Festival Filem Perancis Amerika memperagakan gaun hitam ketat mengundang kecaman dalam kalangan warganet.

    Memetik laporan mStar, ramai merasakan gaun dipakai Selena tidak sesuai ekoran bentuk tubuhnya dilihat berisi sehingga menampakkan dia kelihatan buruk dalam busana tersebut.

    Kecewa dengan kata-kata warganet terhadapnya, Selena memberitahu dia sudah muak dengan sikap sesetengah pihak yang hanya pandai mengkritik tanpa mengetahui kisah sebenar di sebaliknya.

    Menjelaskan tentang bentuk tubuhnya, Selena menjelaskan ia berpunca daripada tindak balas pertumbuhan bakteria berlebihan pada bahagian usus kecil atau small intestinal bacterial overgrowth (SIBO).

    “Kritikan orang membuatkan saya rasa muak. Saya mengalami masalah SIBO dalam usus kecil dan ia sedang mengganas.

    Selena Gomez kekal cantik walaupun menghidap SIBO. – mStar

    “Saya tak kisah dan tak peduli tubuh saya tidak kelihatan seperti orang sakit!

    “Saya tidak mempunyai badan seperti itu. Saya bukan mangsa, cuma hanya manusia biasa,” katanya menerusi hantaran di platform X.

    Tidak berseorangan dalam hal tersebut, peminat segera menunjukkan sokongan terhadap Selena dan ramai cuba mempertahankannya di laman sosial.

    “Mereka akan kritik tentang semua perkara dan ia sangat menyedihkan.

    “Orang tidak tahu apa dialami seseorang dan hanya pandai berkata-kata,” komen warganet.

    Pada 2015, Selena menderita penyakit kronik lupus dan menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang dua tahun kemudian. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda