Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Selepas 24 jam pembedahan, kembar siam pramatang stabil

    KUALA LUMPUR, 20 MAC – Pasangan kembar siam pramatang yang berjaya dipisahkan melalui satu pembedahan di Hospital Tunku Azizah (HTA), di sini semalam berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

    Pakar Perunding Pembedahan Kanak-kanak HTA Datuk Dr Zakaria Zahari berkata ini kerana kembar siam tersebut adalah kategori anak damit pramatang, dan kemungkinan alat bantuan pernafasan diperlukan untuk tiga hingga empat hari lagi.

    “Setakat ini keadaan Alhamdulillah, baik. Kita jangka tiga atau empat hari lagi kembar siam tersebut boleh dihentikan daripada menggunakan alat bantuan pernafasan, tapi pemantauan akan dilakukan dari hari ke hari,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

    Terdahulu HTA dalam satu kenyataan di Facebooknya memaklumkan, hospital itu mencipta sejarah buat pertama kalinya apabila berjaya melakukan pembedahan untuk memisahkan pasangan kembar siam pramatang, yang baru berusia 17 hari, semalam.

    Pembedahan ke atas pasangan anak damit lelaki seberat 2.7 kilogram itu terpaksa dilakukan segera, kerana komplikasi extrauterine twin-to-twin transfusion syndrome, meskipun pembedahan seperti itu biasanya dilakukan pada umur tiga hingga enam bulan.

    Selain Dr Zakaria, pembedahan yang mengambil masa 66 minit tanpa komplikasi besar itu, turut melibatkan 12 doktor pakar pembedahan serta hampir 20 jururawat dan kakitangan Dewan Bedah Kanak-kanak HTA. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...