PEMBA, Mozambique, 28 April – Banjir teruk berlaku hari ini di sebahagian kawasan utara Mozambique yang dilanda Siklon Kenneth tiga hari lalu, dengan air mencecah paras pinggang di kawasan tersebut, selepas kerajaan menggesa ramai penduduk supaya berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.
Beratus ribu orang berdepan risiko akibat bencana itu.
Pihak berkuasa berkata sekurang-kurangnya lima orang terbunuh selepas ribut tiba pada petang Khamis dengan kekuatan hurikan Kategori 4, mengejutkan penduduk sebuah rantau di mana siklon tidak pernah dicatat dalam era moden.
Kenneth datang hanya enam minggu selepas Siklon Idai melanda kawasan tengah Mozambique dan membunuh lebih daripada 600 orang.
Saki-baki Kenneth mungkin membawa hujan dua kali lebih banyak berbanding Idai, kata Program Dunia PBB. Banjir selepas Idai yang telah mengakibatkan paling banyak kematian.
Hujan lebat turun di bandar utama Pemba, yang telah kehilangan tenaga elektrik, memandangkan sekurang-kurangnya satu kumpulan mencari dan menyelamat dihantar.
Sebanyak 250 milimeter hujan lebat, atau kira-kira satu perempat daripada hujan purata tahunan untuk rantau itu, diramalkan turun dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Hampir 700,000 orang mungkin menghadapi risiko di rantau luar bandar, kebanyakan mereka telah terdedah dan lapar.
Tebing beberapa sungai di rantau telah pecah sebelum ini, terutamanya pada tahun 2000.
Dengan jalan raya dibanjiri hampir-hampir lengang di Pemba, beberapa penduduk mengharungi hujan lebat. Seorang wanita memegang pinggan plastik di atas kepalanya.
“Saya tidak pernah melihat hujan sedemikian dalam hidup saya, ia tidak pernah berlaku di Pemba. Ada kalanya kami mengalami ribut tetapi hujan seumpama ini, tidak pernah,” kata seorang penduduk berusia 35 tahun, Michael Fernando.
Gambar yang diambil dari udara semalam menunjukkan beberapa pantai komuniti dimusnahkan oleh ribut di wilayah utara Mozambique Cabo Delgado.
“Tidak ada sebuah rumah pun terletak elok,” beritahu Saviano Abreu, jurucakap untuk agensi kemanusiaan PBB, kepada wartawan selepas penilaian udara.
Dengan kebanyakan rumah yang dibina daripada lumpur, tiang kayu dan bumbung besi dimusnahkan, keluarga mulai meredah air yang semakin naik ke tempat yang diharapkan oleh mereka satu kawasan yang lebih selamat atau berkerumun di bawah tempat perlindungan tanpa persediaan.
Ia adalah kali pertama dalam sejarah di mana negara Afrika selatan telahpun dilanda oleh dua siklon pada satu musim, sekali lagi menimbulkan kebimbangan mengenai perubahan iklim. – AP