Sunday, March 26, 2023
24.5 C
Brunei

-

Selepas tujuh tahun menanti, Yuna tampil lagu berbahasa Melayu

Selepas tujuh tahun tidak tampil dengan lagu berbahasa Melayu, penyanyi dan komposer yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Yuna akhirnya melancarkan Menanti khas buat peminat.

Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 37, menyifatkan penghasilan Menanti sebagai kebetulan apabila mendapat peluang dan inspirasi menggubahnya selepas sudah lama tidak menghasilkan lagu dalam bahasa berkenaan.

Lebih mengujakan, Yuna yang pernah popular menerusi lagu Terukir Di Bintang memberitahu akan ada lagu-lagu berbahasa Melayu lain yang akan dilancarkan pada masa akan datang.

“Lagu Melayu pertama selepas tujuh tahun. Tak sabar nak kongsi dengan awda lagu baharu, kebetulan ada pula peluang dan inspirasi.

“Terimalah Menanti dan lagu-lagu lain yang akan datang. Sayang awda semua,” ujarnya.

Sebelum ini menerusi Twitter, Yuna ada memberi bayangan kepada peminat dia bakal kembali.

Malah penyanyi itu turut membuat undian tentang genre lagu yang dimahukan peminat bagi single terbaharunya itu.

Hasil undian itu, 46 peratus mahukan Yuna merakamkan lagu berbahasa Melayu genre ‘sendu’ dan penyanyi itu menunaikan permintaan peminat.

Untuk rekod, Yuna mula mencipta nama di Amerika Syarikat pada 2011 dan pernah popular menerusi lagu duet bersama Usher iaitu Crush. – Agensi

Yuna tampil dengan lagu berbahasa Melayu selepas tujuh tahun. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -