Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Selesema burung ancam angsa hitam Australia

    SYDNEY, 23 JAN – Satu penyelidikan baharu yang diketuai oleh Universiti Queensland (UQ) telah mendedahkan bahawa genetik yang unik pada angsa hitam Australia boleh menyebabkan spesies itu terdedah kepada penyakit virus seperti selesema burung.

    Penyelidikan yang diterbitkan dalam Genome Biology awal hari ini, menghasilkan genom angsa hitam pertama, yang mendedahkan spesies itu tidak mempunyai beberapa gen imun yang membantu unggas air lain memerangi penyakit-penyakit jangkitan, mengetengahkan kepentingan biosekuriti dan kesedaran pemuliharaan.

    Penyelidik bersama, Kirsty Short dari Sekolah Kimia dan Biosains Molekul UQ berkata pengasingan geografi angsa hitam Australia bermakna pendedahan terhad kepada patogen
    yang biasa ditemui di bahagian lain di dunia, yang membawa kepada pengurangan kepelbagaian imun.

    “Tidak seperti itik Mallard misalnya, angsa hitam sangat sensitif terhadap selesema burung yang sangat patogenik (HPAI) dan boleh mati dalam masa tiga hari,” kata Short.

    “Data kami menunjukkan bahawa dengan sistem imun angsa hitam yang sedemikian, sekiranya terdapat jangkitan virus burung wujud di habitatnya, daya tahanan hidup burung berkenaan akan berada dalam ancaman bahaya.”

    Pendek kata, walaupun HPAI tidak berada di Australia pada masa ini, ia telah merebak dari Asia ke Amerika Utara, Eropah, Afrika Utara dan Amerika Selatan, dan risiko kepada spesies itu adalah sangat nyata.

    “Apabila ia didedahkan ke lokasi baharu, seperti Chile dan Peru, beribu-ribu burung laut liar mati,” katanya. – Xinhua

    Angsa hitam Australia yang terdedah kepada bahaya virus burung setelah penyelidikan mendapati gen imunnya tidak dapat melawan virus. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...