Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Selesema burung menyerang penguin di Afrika Selatan

    CAPE TOWN, 4 OKT – Hampir tiga puluh ekor penguin Afrika telah mati akibat jangkitan selesema burung sejak pertengahan Ogos di pantai Boulders berhampiran Cape Town, merupakan tapak pembiakan yang penting di Afrika Selatan.

    Sebanyak 28 ekor daripada burung laut yang terancam telah “sama ada mati atau dijangkiti penyakit itu dan terpaksa dibunuh kerananya” kata Dr David Roberts, doktor haiwan klinikal dari Yayasan Afrika Selatan untuk Pemuliharaan Burung Pantai (SANCCOB) memberitahu AFP.

    SANCCOB sedang bekerjasama dengan Taman Negara Afrika Selatan (SANParks) untuk mengesan lebih banyak burung yang mungkin telah dijangkiti virus itu.

    “Renjer membuat rondaan setiap hari untuk mencari mana-mana burung yang mungkin mempunyai gejala apabila mereka terserempak dengan seekor burung yang akan diasingkan dari koloni.”

    Renjer yang memakai peralatan perlindungan untuk memastikan “mereka bukan sebahagian daripada pembawa jangkitan” tambah Dr Roberts.

    Koloni penguin Boulders Beach, yang terletak di Simon’s Town di pantai indah negara itu kira-kira 20 kilometer dari Cape Town, adalah rumah kepada kira-kira 3,000 spesis penguin Afrika yang ditemui secara eksklusif di perairan Afrika Selatan.

    Virus selesema burung, yang biasanya merebak antara burung melalui najis, telah dikesan di negara tersebut pada Mei tahun lalu dan telah menjejaskan pelbagai burung laut, menurut SANParks.

    Penguin Afrika adalah antara spesies dalam senarai merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam, bermakna mereka menghadapi risiko kepupusan yang tinggi.

    Walaupun wabak seperti selesema burung biasanya tidak memainkan “peranan yang membimbangkan” dalam tahap populasi haiwan liar, ia boleh menambah tekanan yang dialami penguin Afrika, kata Roberts. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...