Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Selimut khas bagi warga emas

    SINGAPURA – Di satu sudut yang sunyi di Pusat Warung Golden Mile, lima kawan rapat sibuk mengubah benang yan kepada fabrik segi empat. Fabrik berkenaan perlu mempunyai saiz 20 sentimeter di setiap sisi – 54 kepingan segi empat itu kemudiannya dicantumkan bersama untuk dijadikan sehelai selimut.

    Menggunakan benang yan kapas, setiap potongan segi empat itu mengambil masa kira-kira satu jam setengah untuk dikait. Dan menghasilkan sehelai selimut boleh mengambil masa 20 hari.

    Ia merupakan kerja yang dilakukan kerana minat dan itulah yang berada dalam fikiran Carolynne Ng, 49, apabila dia menganjurkan projek amal Blanket of Love – di mana anggota sukarelawan menghasilkan selimut untuk diberikan kepada warga emas di rumah penjagaan.

    Menurut naib presiden Persatuan Kebajikan Man Fut Tong: “Selimut jahitan tangan ini melambangkan kasih sayang untuk warga emas dalam komuniti kami, menerusi usaha keras anggota sukarelawan dan masa yang dihabiskan menghasilkan selimut berkenaan.”

    Dua jenis selimut boleh disumbangkan – selimut krusye dan selimut tampal cantum. Disebabkan COVID-19 masih wujud, anggota sukarelawan tidak dapat berkumpul dalam kumpulan besar. Projek itu membenarkan mereka menyumbang secara individu atau bersama keluarga mereka.

    Pemilik kedai yan Jassandra Nay, 26, menggunakan kedainya di Pusat Warung Golden Mile sebagai tempat pengagihan yan dan pengumpulan selimut. Sukarelawan meninggalkan selimut yang sudah siap di sana. Beliau juga menderma 500 gegelung yan kepada projek itu.

    Bahagian paling sukar untuk menghasilkan selimut adalah mengharmonikan kesemua kepingan segi empat selimut, untuk menghasilkan kombinasi yang kelihatan cantik dan menarik. – ANN/The Straits Times

    Bentuk segi empat yang dikait krusye untuk dicantumkan menjadi selimut. – ANN/The Straits Times
    Jassandra Nay bersama kawannya mengait selimut di kedainya di Pusat Warung Golden Mile. – ANN/The Straits Times

    Nay bekerja sepenuh masa sebagai eksekutif pembangunan perniagaan di sebuah firma kecil dan menghabiskan masa petangnya di kedai itu, yang dibukanya pada September.

    Beliau berkata beliau terdorong untuk membuka kedai itu ketika aktiviti krusye semakin meningkat popular di tengah pandemik, tetapi kebanyakan orang baharu tidak tahu bagaimana memulakan dan di mana mendapatkan nasihat. Krusye dilakukan dengan menggunakan satu jarum bercangkuk, untuk mencangkuk gelung bersama.

    Orang telah mengait segala-galanya daripada selimut kepada tokoh budaya popular, seperti pengawal amigurumi daripada siri popular Netflix Squid Game, dihasilkan oleh Christie Foo, 54. Amigurumi ialah seni mengait atau krusye makhluk kecil yang disumbat dengan kapas.

    Kedai Nay menumpu pada penyediaan yan yang mampu dan nasihat yang diperlukan untuk mereka yang baru belajar.

    Beliau dan empat kawannya di kedai, berusia dari 37 hingga 54 tahun, berkumpul bersama disebabkan minat menjahit krusye. Kumpulan itu bertemu pada waktu makan malam dan kerap meluangkan masa bersama.

    “Kami meraikan hari jadi, musim perayaan dan berkongsi segala suka duka kehidupan harian kami,” ujar Nay.

    Ketika kawannya menghasilkan fabrik segi empat, seorang anggota suka-relawan berjalan masuk ke kedai untuk menghantar selimut krusye yang telah siap. Madeline Tam, yang berusia dalam 70an, juga membeli 30 gegelung yan untuk selimut yang bakal disiapkannya, selepas mendapat nasihat tentang cara-cara memadankan warna yang sesuai.

    Lebih 200 anggota sukarelawan telah menyumbang kepada projek berkenaan. Xie Yi Shan, menghasilkan empat selimut tampal cantum, dengan bantuan dua anak lelakinya Evan Sim, 9, Dylan Sim, 11 dan anak perempuannya Shannon Sim, lima. Suri rumah tangga itu telah menyertai kumpulan sukarelawan menjahit yang disiarkan di Facebook. Ia adalah kali pertamanya menghasilkan selimut tampal cantum.

    Anak lelakinya membantu memotong dan menjahit segi empat bersama manakala anak perempuannya mengasingkan dan menyusun segi empat di lantai dalam cara yang kelihatan amat menarik.

    Bukan semua bersetuju dengan penyusunan pada mulanya – mereka mempunyai idea berlainan mengenai bagaimana segi empat harus disusun, daripada koordinasi warna kepada corak tampal cantum.

    “Namun selepas menyiapkan selimut, budak-budak berkenaan berasa amat bangga melihat usaha mereka telah berubah menjadi sesuatu yang akan memberikan manfaat kepada orang lain, yang boleh memanaskan badan orang lain,” katanya.

    Florence Leong juga meluangkan masa menjahit kepingan segi empat untuk menghasilkan selimut tampal cantum. Ibu kepada dua orang anak itu menyumbang 12 selimut kepada projek kebajikan ini.

    Bahagian paling sukar untuk menghasilkan selimut adalah mengharmonikan kesemua kepingan segi empat selimut, untuk menghasilkan kombinasi yang kelihatan cantik dan menarik. Apabila menghasilkan selimut tampal cantum baharu, dia mengatur segi empat untuk membentuk bahagian tengah.

    Apabila warna dan corak tidak sepadan, dia terpaksa mengaturnya semula atau ada kalanya memotong semula fabrik mengikut saiz berlainan.

    Selimut tersebut juga berjaya memasuki Buku Rekod Singapura untuk pameran selimut jahitan terbesar. Sejumlah 294 selimut telah dihasilkan – 92 selimut krusye dan 202 selimut tampal cantum.

    Kesemuanya digantung di Kompleks Renang Hougang pada 23 Disember 2021, di mana orang awam dan sukarelawan yang mengambil bahagian dalam projek boleh melihatnya.

    Kini selimut berkenaan telah diberikan kepada Rumah Kebajikan Sunshine, di mana ia akan dibersihkan – kali kedua untuk selimut tampal cantum – dan diagihkan kepada warga emas di rumah penjagaan.

    Ng dan penasihat teknikal projek Jade Kok, membantu menggantung beberapa selimut krusye paling rumit yang dihasilkan di Kompleks Renang Hougang. Ng berkata: “Kami benar-benar ingin melihat senyuman di wajah warga emas apabila mereka menerima selimut mereka.

    Namun disebabkan sekatan COVID-19, kunjungan ke rumah penjagaan tidak dibenarkan buat masa sekarang.

    “Kami berharap selimut jahitan tangan berkenaan akan memberikan warga emas di rumah penjagaan rasa keselesaan dan kegembiraan, mengembalikan kenangan lama mereka semasa muda apabila mereka menggunakan kesemua barangan hasil buatan tangan orang kesayangan mereka.” – ANN/The Straits Times

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...