Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Selipar Gandhi cetus kemarahan di India

    NEW DELHI, 15 Jan– Penjualan barangan yang memaparkan wajah ikon kemerdekaan India, Mahatma Gandi dalam Amazon mencetuskan kemarahan hari ini, beberapa hari selepas gergasi e-borong itu dipaksa untuk menghentikan penjualan alas kaki bendera India.

    Rabu lalu, India menuntut permohonan maaf dari Amazon kerana menjual alas kaki “menghina” yang mempamerkan bendera kebangsaan India, dengan Menteri Luar, Sushma Swaraj memberi amaran bagi tindakan tegas ke atas syarikat terbabit.

    Amazon mengeluarkan produk-produk tersebut dalam laman sesawangnya, tetapi kontroversi itu meningkat apabila pengguna Twitter mula menyiarkan Tweet selipar berwarna merah jambu Gandhi dalam Amazon USA.

    “#Amzon seharusnya diharamkan di India. Mereka telah melampau. Ini tidak masuk akal!” Mayank Pramar menulis hari ini.

    “#Amazon perlu menarik balik selipar dengan wajah Mahatma Gandhi yang terdapat di atasnya. Hormati pemimpin kami dan hindarkan kontroversi,” tulis seorang lagi pengguna, Ashok Tanwar.

    Selipar tersebut, yang berharga $16.99, digambarkan dalam laman sesawang sebagai “dicetak secara profesional” dan produk yang “akan dilihat menarik dan membuatkan seseorang tersenyum.”

    Amazon tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan hari ini tetapi selipar tersebut dilihat telah dikeluarkan dari laman sesawang mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda