Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Seludup dadah: Jeneral polis Indonesia berdepan hukuman mati

    JAKARTA, 30 MAC – Pendakwa raya Indonesia hari ini menuntut hukuman mati terhadap jeneral polis Teddy Minahasa berhubung dakwaan kes penyeludupan dadah yang mengejutkan negara kepulauan itu dan men-cemarkan nama baik polis.

    Jeneral berusia 52 tahun itu dinamakan suspek pada Oktober tahun lalu sebelum dia sepatutnya mengangkat sumpah sebagai ketua polis baharu wilayah Jawa Timur. Polis Jakarta menahannya kerana disyaki mengedar 5 kilogram meth kristal ke bahagian utara ibu negara.

    Para penyiasat mendapati dadah jenis methamphetamine itu dirampas sebagai bahan bukti oleh Polis Bandaraya Bukittinggi di wilayah Sumatera Barat, di mana Minahasa masih berkhidmat sebagai ketua polis di wilayah itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...