Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Seludup pendatang Filipina, 9 ditahan

    TAWAU, 30 MAC – Polis mengesahkan sembilan individu termasuk pegawai Jabatan Imigresen yang disiasat, berhubung sindiket penyeludupan pendatang Filipina ke Semenanjung Malaysia baru-baru ini, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

    Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata sembilan individu terdiri daripada empat lelaki dan lima wanita itu, ditahan hari ini selepas tidak kurang lima jam dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau bagaimanapun tidak memberitahu bilangan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan.

    “Mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

    “Tangkapan dilakukan pada 1:50 petang di Bangunan Wisma Persekutuan Tawau Sabah,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Budak 3 tahun maut ditikam di Australia

    SYDNEY, 1 JUN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku...
    - Advertisment -