Seludup rokok: Lelaki didenda $170,000

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Mahkamah Majistret hari ini telah memerintahkan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun untuk membayar denda berjumlah $170,000 selepas mengaku bersalah kerana memiliki sejumlah besar rokok seludup.

Saifulrizal bin Ismail akan berhadapan hukuman  penjara selama 23 bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan mengakui bahawa dia menyimpan 537 karton dan 107 paket rokok di dalam keretanya di rumah di Jalan Keruak, Rancangan Perumahan Negara Kampung Panaga, Seria ketika pihak berkuasa memeriksa rumahnya pada pukul 11:35 pagi, 16 Mac 2015.

Kes dikendalikan oleh Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman.