Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Seludup ular dalam poket seluar

    SINGAPURA, 2003 – Pegawai kastam menangkap seorang lelaki Singapura di pos pemeriksaan sempadan setelah tiga ekor ular sawa hijau ditemui di dalam poket seluarnya, kata pegawai.

    Pegawai turut merampas sebuah beg mengandungi 15 ekor iguana hijau dan satu kontena plastik berisi haiwan Australia sebesar tupai yang dikenali sebagai sugar glider.

    Pegawai mempercayai lelaki itu mahu menyeludup haiwan itu ke Singapura untuk dijual di pasaran gelap untuk haiwan eksotik.

    Lelaki berusia 23 tahun itu memasuki Singapura dalam teksi Malaysia apabila pegawai menjalankan pemeriksaan rutin ke atas kenderaan itu, kata pihak berkuasa imigresen dalam satu kenyataan.

    “Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan tiga ekor ular sawa kecil yang disembunyikan di dalam kocek seluar salah seorang daripada tiga penumpang teksi itu,” katanya.

    Semua haiwan yang dirampas itu sudah diserahkan kepada Zoo Singapura.

    Lelaki itu didakwa mengimport spesies terpelihara dan haiwan buas lain tanpa permit, dan boleh dikenakan denda hingga S$92,000, kata Ngoon.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda