Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Seluruh Universiti Peking ditutup gara-gara 1 kes COVID

    BEIJING, 16 NOV – Pihak berkuasa China menutup universiti utama di Beijing hari ini selepas mengesan satu kes COVID-19 ketika mereka berpegang dengan pendekatan ‘sifar COVID’ meskipun ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati.

    Pelajar dan fakulti Universiti Peking tidak dibenarkan meninggalkan perkarangan melainkan perlu dan kelas di kampus utama – tempat kes itu ditemui – dipindahkan secara dalam talian hingga Jumaat, menurut makluman universiti.

    Namun, beberapa orang dapat dilihat keluar dan masuk dari kampus utama hari ini di daerah Haidian di ibu negara China itu.

    Beijing melaporkan lebih 350 kes baharu dalam tempoh 24 jam terkini, sebahagian kecil daripada 21 juta penduduknya tetapi cukup untuk mencetuskan sekatan dan kuarantin setempat di bawah strategi ‘sifar COVID’ China.

    Di seluruh negara itu, China melaporkan kira-kira 20,000 kes, meningkat sekitar 8,000 seminggu yang lalu.

    Pihak berkuasa tidak mengenakan sekatan seluruh bandar bagi meminimumkan kesan terhadap kebebasan bergerak dan ekonomi merosot.

    Mereka mahu mengelak pengulangan perintah berkurung di Shanghai awal tahun ini yang melumpuhkan penghantaran kapal dan mencetuskan protes kejiranan.

    Garis panduan kebangsaan yang disemak semula minggu lalu menyeru kerajaan itu mengikuti pendekatan saintifik yang disasarkan bagi mengelakkan langkah tidak perlu.

    Universiti Peking mempunyai lebih 40,000 pelajar di pelbagai kampus, kebanyakannya di Beijing.

    Tidak jelas berapa ramai yang terjejas dengan sekatan itu. Institusi berusia 124 tahun itu adalah salah satu universiti terkemuka di China dan menjadi pusat protes pelajar dekad. – AP

    Pengawal keselamatan mengawal di pintu masuk ke Universiti Peking, Beijing pada 16 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...