Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    SEMADA 2022 bincang isu-isu pemikiran kontemporari

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Seramai 800 orang telah menghadiri Seminar Antarabangsa Isu-isu Dakwah dan Akidah Kontemporari (SEMADA 2022) yang diadakan secara maya melalui platform Zoom, Facebook dan YouTube, kelmarin.

    Seminar antarabangsa dalam bidang dakwah dan akidah berkenaan dianjurkan oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Usuluddin dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam selain turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Islam dan Universitas Ibn Khaldun (UIKA), Bogor, Indonesia melalui Fakultas Agama Islam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, SEMADA 2022 menyasarkan per-bincangan isu-isu kontemporari dalam menjadikan golongan pendidik khususnya yang bertindak selaku pendakwah untuk mengetahui dan mengenali tentang cabaran baharu.

    Ini termasuk isu-isu dalam aliran pemikiran kontemporari yang menyerang umat Islam pada masa ini dan ia sangat signifikan untuk diangkat, lebih-lebih lagi dalam zaman digital yang memberikan kemudahan pelbagai fahaman baharu menyusup masuk hingga mengelirukan pemikiran awam terhadap Islam.

    Antara pengisian seminar ini adalah forum khas dengan menonjolkan ahli-ahli panel dari negara Nusantara yang mewakili tiga institusi pengajian tinggi yang bekerjasama menganjurkan SEMADA 2022.

    Mereka terdiri daripada ahli akademik yang berpengalaman dalam bidang akidah dan dakwah dari UIKA, Indonesia, yang diwakili oleh Rektor UIKA, Profesor Dr H E Mujahidin.

    Sementara Malaysia diwakili oleh Pengerusi Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Dr Muhammad Faisal Ashaari dan Brunei Darussalam pula diwakili Pengarah Pusat Pengajian Siswazah, UNISSA, Dr Hajah Sri Rahayu @ Nurjanah binti Haji Dollah. Forum tersebut membawa tema perbincangan ‘Akidah Mapan, Insan Cemerlang’.

    Seminar sehari itu turut menyaksikan pembentangan 20 kertas kerja membincangkan pelbagai sudut berkaitan akidah dan dakwah.

    Barisan ahli panel semasa forum khas sempena SEMADA 2022 yang diadakan secara maya, kelmarin. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...