Semai amalan kebersihan sebelum prasekolah, tabika dibuka 

KUALA LUMPUR, 16 JUN – Ibu bapa perlu menyemai kepentingan penjagaan kebersihan serta amalan jarak sosial kepada anak-anak sebelum prasekolah dan tabika dibuka semula dalam tempoh dua minggu lagi.

Apatah lagi anak-anak pastinya teruja bertemu kembali rakan yang ‘terpisah’ sejak kira-kira tiga bulan lalu ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac sebelum diteruskan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lepas.

Meskipun prosedur operasi standard (SOP) terperinci akan dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengelak jangkitan COVID-19, ibu bapa seharusnya memainkan peranan membantu memudahkan tugas para guru untuk membiasakan anak-anak mengamalkan normal baharu di institusi pendidikan awal itu. – Bernama