Semai amalan pemakanan sihat

Oleh Nurdiyanah R.

TUTONG, 13 JAN – Dengan hasrat untuk berkongsi pengetahuan serta pengamalan makanan sihat dalam kehidupan sehari-hari, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong telah mengadakan program masakan di pusat berkenaan, baru-baru ini.

Program masakan yang diadakan secara mingguan itu telah disertai oleh lebih 30 orang ahli yang dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan dan diketuai oleh Pengurus PKWE Tutong, Haji Hamaffi bin Mohd Yassin.

Semasa ditemui, Haji Hamaffi berkongsi pandangan bahawa inilah masanya bagi warga emas menyemai semangat berpasukan dalam sama-sama meningkatkan kemahiran masakan dalam kalangan ahli tidak kira wanita mahu pun lelaki.

Dengan adanya program berkenaan, ia secara tidak langsung menyemai sikap agar sentiasa menitikberatkan pemakanan sihat untuk mencegah sebarang penyakit. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan lagi jalinan persaudaraan sesama ahli dan warga emas di Daerah Tutong.

Antara ahli PKWE Daerah Tutong yang terlibat dalam program masakan mingguan di pusat berkenaan, baru-baru ini.