Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Semai budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Usaha terus dilaksanakan untuk menanam budaya suka membaca dalam kalangan kanak-kanak menerusi Sesi Membaca Buku yang dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Tinggi Kanada di Negara Brunei Darussalam dan Hotel Radisson di hotel berkenaan, hari ini.

    Sesi adalah bersempena Festival Disember Brunei (BDF) 2022 di mana kira-kira 50 orang murid dengan sebilangan besarnya daripada Persatuan Membaca dan Literasi Brunei (ReLA) dijemput untuk membaca dan mengenali buku-buku cerita kanak-kanak dari Kanada.

    Dalam kata alu-aluannya, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie menyatakan harapan semua yang hadir berpeluang membaca buku mengenai Kanada dan belajar mengenai bagaimana rasanya menjadi seorang kanak-kanak di negara itu.

    “Mungkin satu hari nanti, awda akan melawat Kanada atau belajar di Kanada atau melawat Kanada melalui buku-buku yang dibaca tetapi apa yang paling penting adalah awda akan melihat bahawa tanpa mengira dari mana awda datang atau apa yang awda percaya, dunia ini adalah lebih baik dengan awda berada di dalamnya,” tambahnya.

    PYT Ambra Dickie juga berkata bahawa melalui buku, ia boleh menunjukkan bagaimana rasanya daripada pandangan orang lain serta mengajar bahawa kita adalah berbeza tetapi juga sama.

    Beliau turut menyatakan harapan bahawa kanak-kanak akan belajar untuk mencintai dan meminati buku. Pada sesi itu, PYT Ambra Dickie turut membacakan tiga buku cerita kanak-kanak yang ditulis oleh penulis-penulis Kanada di mana ia menceritakan kehidupan masyarakat di Kanada.

    Di samping itu, kanak-kanak juga diberikan peluang untuk menonjolkan daya kreativiti mereka melalui sesi mewarna dan hasil karya mereka dipamerkan kepada para pengunjung ke acara berkenaan.

    PYT Ambra Dickie bergambar ramai dengan kanak-kanak yang menyertai Sesi Membaca Buku berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...