Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Semai fikiran positif, yakin pada belia negara

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Berhijrah daripada fikiran negatif kepada positif dan yakin akan kemampuan serta kebolehan anak bangsa khususnya belia negara pada masa kini perlu disemai dalam meniti kehidupan beragama, berbangsa dan bernegara.

    Menerusi penyediaan pendidikan-pendidikan terbaik terhadap golongan belia pastinya menjadi harapan kita untuk menyaksikan pengiktirafan atau penerimaan pencapaian dan kebolehan mereka bagi mengorak langkah berterusan menanai amanah dalam apa jua penglibatan dalam pembangunan negara seperti dalam hal ehwal sosioekonomi.

    Pandangan berkenaan antara yang diutarakan oleh Yang Berhormat Haji Mohimin bin Haji Johari@Jahari semasa ucapan penangguhan permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) ke-18 di Dewan Majlis, hari ini.

    Beliau mengutarakan persoalannya, mengapa kurangnya keaktifan orang tempatan dalam berniaga khususnya dalam mengusahakan kedai-kedai runcit jelas jauh berbeza dengan pengusaha-pengusaha warga asing yang menetap di sini.

    Tegasnya, kebiasaannya alasan mereka disebabkan kesulitan modal kewangan, bahkan kebanyakan dalam kalangan kita masih berfikiran negatif dan terlalu berkira sehingga kurang keyakinan dengan kebolehan bangsa sendiri.

    Yang Berhormat Haji Mohimin semasa memberi ucapan dalam permesyuaratan MMN di Dewan Majlis. – Gambar oleh Infofoto

    Jelasnya, jika semua ini mampu ditepis, tidak mustahil Negara Brunei Darussalam juga mampu melahirkan golongan jutawan dalam kalangan anak tempatan sendiri khususnya dalam menerokai bidang keusahawanan tertentu.

    “Persoalan yang timbul, di manakah kedudukan bangsa kita dalam perniagaan pada masa kini? Peniaga runcit, pertukangan, dobi, pengusaha jahitan dan sebagainya yang kini kebanyakannya diketengahkan oleh warga asing,” ujarnya lagi yang turut mengemukakan cadangan agar pihak yang berkepentingan menyediakan statistik antara peniaga warganegara dan warga asing yang telah tercipta sejak 38 tahun lalu.

    Dalam perkara ini, beliau menyarankan bahawa kita seharusnya menyemai sikap terbuka dengan nilai-nilai positif dan berjiwa patriotik, memiliki inisiatif serta daya kreativiti yang luar biasa dengan adanya agensi-agensi berkepentingan yang berwibawa di negara ini maka tidaklah mustahil bagi masyarakat Negara Brunei Darussalam sendiri untuk menguasai sosioekonomi bangsa kita.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...