Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Semai kesedaran hak-hak wanita

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Dalam usaha mewujudkan dan mempertingkatkan kesedaran kepentingan hak-hak wanita serta mempersiapkan diri wanita dan lelaki untuk cekal menghadapi masalah atau musibah tidak dijangka, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan persatuan bukan kerajaan telah menganjurkan Forum PREPanita di Dewan IBTE, Kampus Jefri Bolkiah, Belait kelmarin.

    Seramai 120 orang penuntut IBTE telah menyertai forum tersebut yang bertajuk Communi-Kasih: Komunikasi adalah Kunci Kebahagiaan.

    Ahli-ahli panel terdiri daripada Pegawai Nasihat Keluarga Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Dayang Salmah binti Haji Ahmad; ASP Ahmad Faez bin Haji Mohd Hani dari Unit Siasatan Penderaan Wanita dan Kanak-kanak; Pegawai Kebajikan Perubatan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Dayang Nur Amalina Nadzila binti Ibrahim; dan Pengasas dan Pengarah Eksekutif Project Women and Girls Development Enterprise, Dayang Nur Judy binti Abdullah. Manakala moderator forum ialah Setiausaha Agung, Persatuan KESAN, Dayang Sarah binti Haji Abdul Mutalif.

    Selain mewujudkan dan mempertingkatkan kesedaran mengenai hak-hak wanita, ahli panel juga membincangkan peranan lelaki dalam penjagaan dan perlindungan wanita dari sudut Islam dan cara-cara mengenal pasti persekitaran sihat agar tidak terjerumus dalam kes jenayah.

    Ia juga mengupas tindakan-tindakan perlu dilakukan oleh pelajar jika berlaku keganasan atau ugutan dan perkongsian kisah kejayaan mangsa di bawah Projek Women and Girls Development Enterprise.

    Forum dihasratkan dapat menerap pendedahan positif dalam kehidupan dan keberanian para pelajar tampil ke hadapan.

    Gambar ramai panel forum dan pelajar yang mengikuti forum tersebut di Dewan IBTE, Kampus Jefri Bolkiah.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...