Sunday, February 5, 2023
23.7 C
Brunei

-

Semai kesedaran keselamatan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Kesedaran awal mengenai pencegahan berlakunya kebakaran perlu disemai dan dididik kepada orang ramai terutama golongan kanak-kanak mengenai bahaya kebakaran.

Sehubungan itu, Sekolah Ugama Tungku, Kawasan Brunei III dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) melalui Balai Bomba Beribi telah mengadakan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Pengosongan Bangunan di Dewan Al Gazel, Sekolah Rendah Tungku, Gadong, kelmarin.

Taklimat yang dihadiri oleh seramai 380 pelajar sekolah tersebut turut diselitkan dengan latihan pengosongan bangunan yang diketuai oleh pegawai pemerintah Cawangan Operasi A, Balai Bomba Beribi. Langkah-langkah pencegahan kebakaran yang betul akan dapat mengehadkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa semasa berlakunya kebakaran. 

Antara punca kebakaran boleh melibatkan elektrik, percikan api, geseran, haba mekanikal, tindak balas kimia, mampatan gas, petir dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu, latihan pengosongan bangunan dan kebakaran di sesebuah bangunan dapat memberi pendedahan kepada penghuni untuk bertindak dengan cepat dan tepat semasa kecemasan.

Latihan seumpamanya juga dapat mengenal pasti masalah-masalah yang wujud dalam situasi kecemasan itu seperti memastikan tidak ada barang-barang yang menghalang jalan keluar, alat pemadam api berfungsi dengan baik dan diselenggarakan mengikut tempoh yang telah ditetapkan dan menyediakan peta jalan tempat berkumpul dan jalan keluar yang selamat.

Para pelajar mendengarkan taklimat keselamatan kebakaran di dewan sekolah berkenaan.
Latihan pengosongan bangunan turut diadakan selepas sesi taklimat. – Gambar serahan JBP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -